Panduan Solat Sunat Tarawih dengan teks doa selepas solat. Aplikasi ini dibina menggunakan Bahasa Melayu dan format yang mudah difahami. Ianya ringkas untuk dibawa ke mana sahaja dalam smartphone/telefon pintar ANDA.
Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat Muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda; "Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman danmengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya".
Isi kandungan aplikasi Panduan Solat Tarawih ini adalah:
Pengenalan Solat Tarawih
Rakaat & Rukun Solat
Kaifiat 20 Rakaat Tarawih
Kaifiat 8 Rakaat Tarawih
Solat Sunat Witir & Tahlil Ringkas
Jadikan aplikasi ini sebagai panduan permulan untuk belajar menyempurnakan solat sunat Tarawih kerana ianya hanya datang setahun sekali dan hendaklah kita manfaatkan sepenuhnya ganjaran yang Allah SWT berikan. Insha Allah.
Additional information
2022-03-23
ars.sholattarawih.panduanibadahramadhan.panduan
ars media
1.0.0
0++
14,568,667 bytes
BOOKS_AND_REFERENCE
Android 4.4+
Get it on
Rated for +
0 comments